<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/726168250386315358?origin\x3dhttp://inconsolably-ira.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=10385643&amp;blogName=welcome+to+a+new+dawn%3B&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fenigmatic-adventures.blogspot.com%2F&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fenigmatic-adventures.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Sunday, September 13, 2009
ARMAN


“Buka pintu! Saya penat tunggu di luar!” Encik Harith memekik setelah dia mengetuk pintu walaupun hanya satu kali sahaja dia mengetuk. Setelah mendiamkan diri beberapa ketika sebelum membuka pintu. Encik Harith terus mula mengadu tentang hari yang dilaluinya. Encik Harith kelihatan seperti telah disampuk roh jahat, syaitan. Meja dapur habis diterbalikkannya. Dia kemudian mula memekik kepada Cik Fidah, isterinya. Arman tidak sanggup melihat bapanya melakukan begitu kepada ibunya sendiri. Dia terus ke biliknya dan mendengar musik.


“Bukan kali pertama ayah begini. Aku tidak terdaya berbuat apa-apapun.” Katakan Arman di hati. Walau beberapa kuat suara musiknya, dia masih terdengar suara ayahnya memekik. Arman boleh dengar bunyi pukulan seperti orang membanting padi. Arman langsung tidak dapat menahan perasaan marah di hatinya tetapi apakah yang terdaya dilakukannya? Bukankah dia akan dipanggil anak derhaka jika dia melawan ayah kandungnya sendiri? Hari demi hari, perasaan marahnya menjadi bukit di hatinya. Walaupun begitu, dia tetap menyayangi ayahnya.


“Anak kamu pun satu masaalah! Pelajarannya tidak begitu bagus! Malahan asyik dipanggil guru besar di sekolah hanya kerana pelajarannya tidak bertambah baik! Apa boleh kita buat? Kamu di rumah pun tidak mengajarnya apa-apapun!...” Encik Harith menyambung. Arman tidak dapat menahan air matanya dari terus jatuh membasahi pipinya. Amatnya sedih apabila ayahnya sendiri mangatakan begini tentang dirinya. Dia tahu bahawa pelajarannya memang tidak memuaskan ibu bapanya tetapi peperiksaan tamat sekolah rendah sudah dekat dan dia mahu menbuat ibu bapanya bahagia.


Esoknya, dia membuat keputusan. Dia tidak sanggup membiarkan ibunya menderita. Dia mahu menolong ibunya dan juga membuat kedua-dua ibu bapanya bangga. Setelah dia pulng ke rumah, dia terus mengeluarkan sekeping kertas dan mula menulis segala apa yang telah terjadi di rumah sejak ia masih kecil lagi. Dia melepaskan segala-gala perasaannya di kepingan kertas itu. Perasaan benci, dendam, kasihan, sayang and banyak lagi.


Setetah dia habis menulis, dia takut hendak menghantar ceritanya kepada cikgu. Suratnya terus disimpan disuatu tempat yang rahsia. Dia terus mula mengulangkaji pelajaran. Hari demi hari berlalu dan tidak satu haripun berlalu tanpa Arman memikir tentang pelajarannya. Apabila kertas peperiksaan karangan diberi kepada semua murid-murid, dia membaca soalannya. Dia terus teringat tentang suratnya dan menyedari bahawa cerita yang ditulis disurat itu boleh dikaitkan dengan soalan peperiksaannya itu. Dia terus menulis tentang dirinya sebagai karangannya.


Apabila peperiksaannya telah tamat dan keputusan semua murid dikeluarkan, guru besar mengumumkan bahawa karangan Arman adalah karangan yang amat digemari oleh guru yang memeriksa kertas-kertas peperiksaan mereka. Amatlah bangga apabila ibu bapanya medengar berita ini. Dia dipanggil naik kepentas dan untuk membaca tulisan karangannya kepada semua yang hadir. Dia mula membaca. Setelah selesai, dia melihat ke arah ibu bapanya. Dia terlihat bapanya sedang menangis. Setelah selesai upacara itu, bapanya terus menuju kearah Arman.


“Bapa minta maaf. Selama ini, bapa tidak tahu bagaimana perasaan kamu terhadap bapa. Tidak sekalipun bapa fikirkan tentang perasaan kaum. Bapa hendak memberitahu kamu bahawa bapa dan ibu kamu berasa amat besar hati terhadap kamu!” Encik Harith meluahkan kepada Arman. Air mata terus melilih mambasahi pipi mereka. Pada saat inilah Arman berasa bahawa cita-citanya untuk melihat bapanya bahagia pada pertama kali telah direalisasikan.

unwritten! atSunday, September 13, 2009





I Am The Only Me
Nurul Amira here!
Call me aMira! haha
was in tkps,
currently in bgss,
NOW 3E3!
my fav date,
18 SEPTEMBER!
am a virgo! (the one that waits.. lols)
GOOGLE SHORTCUT!! : GOOGLE!

i wrote your name in the sand,
but the waves washed it away...
I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away...
I wrote your name in my heart,
and that is where it's going to stay forever!

WANTS TO KNOW
who am i?
what kind of person am i?
who am i to you?
am i the one for you?

IS TELLING YOU
you are the only one for me
dont tell me its a dream
promise me you'll still be here
i know you will survive,
so just hold on,
and i'll still be there for you..
cos i am just a heartbeat away❤

whispers in the wind...